Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
071225

ROMPIN, 07 DISEMBER 2025 : Kejohanan Tourism Pahang Monsoon Cup Golf 2025 yang memasuki tahun kesembilan merupakan acara sukan yang menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.Menurut YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, ini kerana kejohanan ini dijalankan dalam keadaan yang tidak menentu kesan daripada musim Monsun Timur Laut yang telah tiba.“Golf Monsoon Cup ini lain dari tournament-tournament yang lain. Pertama sekali buat di Rompin, ada udang galah Rompin yang tidak ada di tempat lain.

“Kemudian kita main dalam cuaca yang lembab dan cuacanya kalau kita tengok hari ini macam 3 in 1. Mula-mula redup, lepas tu hujan sedikit, lepas itu panas, dan ia redup balik. “Itulah kelebihan Monsoon Cup dan sebab itu ramai yang nak main dalam Monsoon Cup ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Tourism Pahang Monsoon Cup Golf 2025 di Villea Rompin Resort & Golf. Beliau berkata kejohanan Monsoon Cup ini juga merupakan produk pelancongan di daerah Rompin yang dladakan pada musim monsun kerana padang golf di sini sesuai bagi penganjuran golf pada musim hujan.Seramai 278 peserta telah menyertai acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 Disember dan berakhir hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir. Razali Kassim; dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Tuan Kamaruddin Ibrahim.

Sumber: PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.3% Malaysia
Indonesia 5.7% Indonesia

Total:

57

Countries
025203
Today: 20
Yesterday: 18
This Week: 38
This Month: 231
Last Month: 708
Total: 25,203
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 08 Disember 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile