Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
051225

KUANTAN, 05 DISEMBER 2025 : Kerajaan Negeri Pahang memperuntukan RM34.65 juta bagi program pembangunan dan geran mengurus agensi pelancongan di negeri ini.

Menurut YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, ini bagi meningkatkan profesionalisme, menarik pelaburan dan mengukuhkan kapasiti tenaga kerja dalam sektor pelancongan Negeri Pahang.

“Bagi tujuan itu, sebanyak RM34.65 juta diperuntukkan untuk program pembangunan dan geran mengurus agensi pelancongan negeri, satu jumlah yang menggambarkan tekad Kerajaan Negeri menjadikan pelancongan sebagai pemangkin ekonomi negeri.

“Perbadanan Muzium Negeri Pahang akan menerima RM18.52 juta bagi memastikan warisan budaya negeri terus dipelihara, dimodenkan dan dipamerkan dengan cara yang lebih menarik kepada rakyat dan pelancong.

“Tourism Pahang pula diberi peruntukan sebanyak RM8.39 juta termasuk RM1 juta khusus bagi latihan dan pensijilan penggiat industri pelancongan,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Pahang juga memperuntukan RM9.82 juta bagi pelancongan alam semulajadi melibatkan taman negara dan pulau.

“Perbadanan Taman Negeri Pahang akan menerima RM2.7 juta termasuk RM700,000 untuk pembangunan Lipis Geopark yang berpotensi menjadi destinasi geo-pelancongan bertaraf antarabangsa.

“Majlis Biodiversiti Pahang turut diberi peruntukan RM2 juta bagi melaksanakan program konservasi, pendidikan dan aktiviti pelancongan berasaskan alam semula jadi.

“Di Pulau Tioman, sebanyak RM5.12 juta diperuntukkan sebagai geran mengurus dan pembangunan kepada Lembaga Pembangunan Tioman termasuk RM580,000 diperuntukkan bagi program promosi, penganjuran acara dan infrastruktur pelancongan di pulau tersebut. Langkah ini memastikan Pulau Tioman terus menjadi permata pelancongan Negeri Pahang yang dikenali dunia,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran pelancong di negeri ini, Kerajaan Negeri Pahang merekodkan peningkatan kepada 11.47 juta pelawat sehingga suku ketiga tahun ini.

“Memasuki tahun 2026, Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan sektor pelancongan dengan pendekatan lebih strategik, inklusif dan berimpak tinggi selaras dengan Visit Malaysia 2026.

“Sehingga suku ketiga tahun 2025, jumlah kehadiran pelancong ke Negeri Pahang meningkat kepada 11.47 juta pelawat berbanding 10.02 juta pelawat dalam tempoh sama tahun 2024, hasil pelaksanaan kempen promosi pelancongan yang agresif serta peningkatan kualiti produk dan destinasi pelancongan yang menarik.
 “Untuk itu, pelbagai perancangan perlu dilaksanakan melibatkan kerjasama pelbagai pihak bagi mewujudkan ekosistem pelancongan lebih mesra dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2026 di Wisma Sri Pahang hari ini.  Sumber: PAHANGMEDIA.

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.3% Malaysia
Indonesia 5.7% Indonesia

Total:

57

Countries
025203
Today: 20
Yesterday: 18
This Week: 38
This Month: 231
Last Month: 708
Total: 25,203
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 08 Disember 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile